fbpx

Selangor terima 78,000 dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (kanan) sedang menerima suntikan vaksin Covid-19 semasa pelancaran Program Imunisasi Vaksin Covid-19 peringkat Selangor di Hospital Shah Alam, baru-baru ini.

SHAH ALAM – Sebanyak 78,000 dos vaksin Pfizer-Biontech diterima daripada kerajaan pusat dalam Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Peringkat Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, vaksin tersebut adalah kepada 66,690 petugas barisan hadapan di negeri ini bagi fasa pertama ini.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud sedang menyiapkan senarai petugas barisan hadapan yang akan menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Keutamaan akan diberikan kepada petugas hospital kerajaan dan swasta, pasukan keselamatan dan saya berharap para guru turut akan dimasukkan dalam senarai penerima vaksin bagi fasa pertama ini.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai daerah dan ahli majlis daerah juga akan menerima vaksin pada fasa pertama,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Selangor di Hospital Shah Alam, di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali. Seramai 42 penerima vaksin hari ini termasuk Amirudin sendiri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Amirudin menjelaskan kerajaan negeri sedang mempercepatkan fasa pertama program itu supaya rakyat negeri itu dapat menerima vaksin secepat mungkin.

“Kita juga sedang berbincang Yang Dipertua Majlis Daerah dan pegawai daerah untuk menambah lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk kegunaan fasa kedua dan ketiga,” katanya.

Sementara itu, Noor Azmi memberitahu, sebanyak enam buah hospital di Selangor dijadikan menjadi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) antaranya Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang dan Hospital Tanjung Karang telah dipilih sebagai PSV. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI