ALOR SETAR – Laluan feri ke Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Perlis, Perlis yang ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 22 Januari lalu akan beroperasi semula pada Sabtu ini.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, pembukaan laluan masuk bagi satu perjalanan sehari ke Langkawi itu bagi memenuhi permintaan semasa penumpang.
“Sementara itu bagi laluan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua trip perjalanan sehari.
“Konsortium mengharapkan larangan rentas negeri akan dibuka semula agar lebih banyak trip perjalanan dapat dibuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE