fbpx

Pihak berkuasa rampas 23 tan kokain, terbesar di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto edaran Pejabat Penyiasatan Pabean Hamburg (Zollfahndungsamt Hamburg), semalam menunjukkan perincian penyeludupan kokain di Hamburg, Jerman utara.- AFP

BERLIN – Pihak berkuasa Jerman dan Belgium berjaya menyita bekalan dadah terbesar di Eropah apabila merampas 23 tan kokain dalam satu serbuan di pelabuhan Hamburg, demikian menurut kenyataan pihak kastam Jerman, hari ini.

“Berdasarkan jumlah kokain yang dirampas, keuntungan kokain dianggarkan berharga beberapa bilion Euro di pasaran gelap,” kata wakil pejabat kastam dalam satu kenyataan.

Pegawai kastam Jerman telah menemui 16 tan kokain tersembunyi di dalam bekas yang diimport dari Paraguay di pelabuhan Hamburg pada 12 Februari lalu.

Siasatan bersama dengan pegawai kastam Belanda turut membantu pihak berkuasa merampas 7.2 tan kokain di pelabuhan Antwerp di Belgium, menurut kenyataan itu.

Susulan rampasan itu, kastam Jerman dan Belanda  memberkas seorang lelaki berusia 28 tahun dalam satu serbuan, kelmarin.

“Dadah-dadah itu disembunyikan dalam tong yang direkodkan berisi bijih timah namun sebahagian besarnya dipenuhi dengan barangan lain,” kata wakil pihak kastam.

“Ini adalah jumlah rampasan kokain terbesar yang pernah disita di Eropah dan salah satu kes  terbesar di seluruh dunia,” kata kastam Jerman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI