fbpx

Pembantu kedai makan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di lokasi kemalangan yang meragut nyawa Che Mila di Jalan Sungai Pasir, Sungai Petani pada pagi ini.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kereta di Jalan Sungai Pasir di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Che Mila Abu Bakar, 45, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Bukit Kecil dekat sini selepas menghantar anak ke sebuah sekolah di Sungai Pasir di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan mendapati kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggang mangsa dan dua kereta jenis Proton Satria dan Honda Civic.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal dan kereta Honda Civic dari arah Batu Lintang menghala Sungai Petani bertembung dengan kereta Proton Satria dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Proton Satria  itu masuk ke laluan bertentangan kerana pemandu berusia 18 tahun dipercayai terlelap,” ujarnya.

Akibat perlanggaran itu,  penunggang motosikal tercampak ke laluan bertentangan.

“Mangsa maut di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang dua kereta terlibat tidak mengalami kecederaan,” tambah Adzli.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI