fbpx

Suspek pecah masuk kedai serbaneka diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas hasil tangkapan ke atas seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah kedai serbaneka sekitar daerah Segamat, semalam.

SEGAMAT – Penahanan seorang lelaki malam semalam di Jalan Buloh Kasap di sini dipercayai dapat membantu polis menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes kecurian di beberapa lokasi premis perniagaan kedai serbaneka di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, suspek berkenaan bergerak aktif di sekitar bandar Segamat dan kawasan sekitarnya sejak beberapa bulan lalu.

“Suspek yang berusia 24 tahun itu di tahan di kediamannya di Jalan Buloh Kasap pada pukul 11 malam tadi.

“Dalam serbuan itu polis berjaya merampas pelbagai barangan yang dipercayai dicuri termasuklah penyepit kuku, ubat gigi selain beg galas serta pakaian suspek,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Raub, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah kerugian sebenar barangan yang dicuri suspek di beberapa lokasi lain kedai serbaneka dan juga kedai lain yang turut mengalami kerugian.

Menurutnya, pengurusan kedai serbaneka hanya menyedari kehilangan barangan di premis mereka setelah melakukan audit beberapa hari kemudiannya dan berjaya mengesan perbuatan suspek melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Berdasarkan modus operandi digunakan suspek, dia akan memasuki kedai serbaneka pada waktu tengah hari dan petang tanpa mendaftar (check in) melalui aplikasi MySejahtera dan hanya menconteng buku pendaftaran pelanggan,”katanya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin selain turut memiliki 11 rekod jenayah lampau, berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang termasuk satu kes jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan curi dan direman selama empat hari mulai hari ini sehingga 27 Februari 2021.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI