fbpx

Polis nasihat Fatin Afeefa buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Azly

PETALING JAYA – Pelakon, Fatin Afeefa yang mendakwa menerima hantaran gambar lucah daripada individu yang tidak dikenali dinasihatkan agar membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap individu berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, wanita itu perlu membuat laporan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

“Kena buat laporan polis dahulu, baru polis akan siasat. Tindakan di bawah seksyen apa, itu kena tengok intipati laporan.

“Saya tidak boleh ulas panjang lebar kerana Fatin belum buat laporan,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 26, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat hantaran alat sulit lelaki melalui peti mesej Instagramnya.

Pelakon filem Tentang Bulan itu mendakwa, hantaran gambar daripada pelbagai sudut itu telah diterimanya sejak setahun yang lalu namun sehingga kini dia belum membuat sebarang laporan polis. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI