fbpx

Polis cekup lima lelaki cuba larikan tiga tan sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori tiga tan yang digunakan suspek bagi melarikan buah sawit dari sebuah ladang di Machap Baru, di sini, semalam.

ALOR GAJAH – Polis mencekup lima lelaki termasuk seorang remaja selepas dipercayai cuba melarikan tiga tan buah sawit di sebuah ladang di Machap Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 17 hingga 47 tahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan polis telah membuat serbuan di ladang tersebut.

“Setiba di lokasi, kelima-lima suspek didapati sedang leka memunggah buah sawit menggunakan pengangkat ke dalam sebuah lori jenis Hicom.

“Kesemua mereka kemudian diberkas dan pemeriksaan di lokasi kita percaya suspek cuba melarikan buah sawit dengan menggunakan lori tiga tan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya turut merampas peralatan mencuri yang digunakan termasuk tiga batang besi pengangkat buah, sebilah sabit panjang dan lori yang digunakan dianggarkan bernilai RM2,000.

“Semakan lanjut mendapati seorang suspek berusia 24 tahun memiliki satu rekod lampau di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan berkaitan pergaduhan.

“Kesemua suspek direman selama empat hari bermula esok hingga 28 Februari ini mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI