fbpx

Lisa Surihani mengandung lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusry mengesahkan isterinya kini hamil anak ketiga.

PETALING JAYA – Pelakon Lisa Surihani mencuri perhatian peminat selepas gambarnya bersama suami, Yusry Abdul Halim dalam Instagram seperti menampakkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian tersebut, Yusry memuat naik sekeping foto bersama Lisa sempena meraikan ulang tahun perkahwinan kesembilan mereka.

“Selamat ulang tahun perkahwinan, sayang. Sembilan tahun berlalu, saya masih rasa diri ini sebagai lelaki paling beruntung.

“Saya masih mengagumi dirimu termasuk apa sahaja yang awak cakap dan lakukan. Selalu jadi yang terbaik, penyayang, mencintai dan saling menyokong. Anak-anak kita sangat beruntung memiliki awak sebagai seorang ibu. Alhamdulillah,” tulisnya.

Perkongsian bahagia pasangan itu turut dihujani dengan ucapan dan doa daripada rakan selebriti serta peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Lisa yang menyarung pakaian seperti jubah dalam gambar berkenaan lebih mencuri perhatian apabila bahagian perutnya kelihatan seperti fizikal wanita mengandung.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan kepastian daripada pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu tidak membuahkan hasil selepas dia enggan memberi sebarang jawapan ketika dihubungi.

Untuk rekod, Lisa dan Yusry yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne, 4. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI