fbpx

Tapir maut dirempuh di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor tapir jantan yang mati akibat dirempuh sebuah MPV Toyota Ulser di KM 388.9, LPT2 berhampiran Paka dekat Paka hari ini.

DUNGUN – Empat sekeluarga yang dalam perjalanan untuk urusan perkahwinan cemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Unser yang dinaiki mereka merempuh seekor tapir dewasa di Kilometer 344.9, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Paka dekat sini hari ini.

Kejadian pada pukul 1.10 pagi itu menyebabkan tapir jantan tersebut maut serta-merta akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, empat sekeluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bagi urusan perkahwinan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, MPV Toyota Ulser yang dinaiki empat itu gagal mengelak dan lalu merempuh seekor tapir dewasa yang tiba-tiba melintas di lebuh raya berkenaan.

“Rempuhan itu menyebabkan haiwan liar itu mati di lokasi kejadian manakala empat sekeluarga tersebut terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, kemalangan berkenaan juga menyebabkan bahagian hadapan kenderaan dinaiki kesemua mangsa remuk teruk.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, pemeriksaan mendapati tapir tersebut parah di bahagian mulut, kepala dan beberapa anggota badan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI