fbpx

Polis SPU keluarkan tujuh kompaun tidak patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis mengeluarkan sebanyak tujuh kompaun kepada individu yang ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kompan sebanyak RM1,000 dikeluarkan kepada enam lelaki dan seorang wanita yang gagal mematuhi SOP ketika di premis perniagaan.

“Antara kegagalan pematuhan SOP yang dikesan terhadap pemilik premis adalah mengambil suhu badan pelanggan dan mencatat butiran pelanggan yang masuk ke dalam premis.

“Masyarakat terutamanya pemilik premis diingatkan agar tidak mengambil mudah terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI