fbpx

Rugi RM7,000 ditipu sindiket pelaburan forex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang di Kepala Batas di sini yang teruja menunggu pulangan pelaburan terpaksa menggigit jari apabila kerugian hampir RM7,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan forex semalam.

Mangsa, lelaki berusia 21 tahun itu tertarik dengan tawaran oleh seorang individu yang mendakwa dia akan memperoleh keuntungan berlipat kali ganda hanya dalam tempoh 72 jam melabur.

Difahamkan, mangsa telah memilih salah satu pakej yang ditawarkan dengan modal sebanyak RM400 dan ditawarkan keuntungan sehingga RM26,137.52.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa mula terjerat dalam sindiket pelaburan tersebut selepas melihat tawaran itu di laman sosial Facebook baru-baru ini.

“Dia kemudiannya berhubung dengan seorang lelaki melalui aplikasi whatsApp.

“Mangsa tertarik dengan pelaburan itu kerana suspek mengatakan ia pelaburan mata wang asing patuh syariah serta menjanjikan pulangan keuntungan yang tinggi dalam tempoh singkat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa telah diminta membuat beberapa bayaran tambahan ke dalam dua akaun bank yang keseluruhannya berjumlah RM6,934.37 sebelum dia memperoleh pulangan.

“Bagaimanapun, dia berasa ditipu setelah ejen pelaburan masih meminta mangsa untuk membayar wang tambahan sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI