fbpx

Tiga PATI jaga sangkar ikan ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA warga Myanmar diberkas selepas gagal mengemukan dokumen pengenalan diri di sebuah sangkar ikan di Selatan Pulau Aman dekat sini semalam. -IHSAN APMM

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di sebuah sangkar ikan pada kedudukan 4.2 batu nautika selatan Pulau Aman dekat sini semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, dalam operasi kira-kira pukul 1 petang itu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah sangkar ikan yang tidak memiliki nombor pendaftaran.

“Tiga lelaki warga Myanmar berumur 23, 25 dan 30 tahun didapati telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri (pasport) dan permit kerja yang sah.

“Mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat APMM negeri untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI