fbpx

Kereta bawa 834 kilogram minyak masak untuk diseludup masuk tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Pasir Mas dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor memeriksa paket minyak masak yang berjaya dirampas dalam serbuan Kampung Slow Machang, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak masak bersubsidi terjunam masuk ke dalam tali air ketika dia cuba untuk melarikan diri di Kampung Slow Machang di sini semalam.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang ketika kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pasir Mas dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pasir Mas, Suhaimi Abas berkata, lelaki itu dipercayai cuba melarikan diri dengan mengundurkan kereta ketika ditahan.

Katanya, insiden itu menyebabkan kereta tersebut telah terjunam ke dalam tali air yang berada berhampiran kawasan tersebut.

“Suspek berjaya ditahan untuk siasatan, namun kereta yang dipandunya masuk di dalam air.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kereta yang dipandu suspek itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 834 kilogram minyak masak bersubsidi yang bernilai RM2,085,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Suhaimi, siasatan awal mendapati, suspek memperoleh upah sebanyak RM30 untuk setiap satu perjalanan membawa minyak masak paket itu untuk diseludup melalui pangkalan haram ke negara jiran.

Katanya, suspek juga menggunakan kereta persendirian bagi mengaburi mata anggota penguatkuasa.

Tambanya, siasatan lanjut akan terus dijalankan bagi mengesan dalang sebenar di sebalik kegiatan penyeludupan minyak masak.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI