fbpx

Tiger Woods cedera kenderaan jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Woods yang terhumban dalam gaung, awal pagi semalam. - CNN

LOS ANGELES – Legenda sukan golf dunia, Tiger Woods, 45,  terlibat dalam satu kemalangan ngeri apabila keretanya terjunam ke dalam gaung, awal pagi semalam, kata sumber penguatkuasa LA kepada stsesen penyiaran CNN.

Beliau dilaporkan hanya mengalami patah tulang di kakinya  dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius  atau mengancam nyawa.

Woods berada dalam keadaan sedar ketika penguatkuasa tiba di lokasi kejadian di Rancho Palos Verdes, kata Sheriff Daerah Los Angeles, Leftenan Michael White kepada anggota gabungan CNN, KCAL / KCBS.

Woods dilaporkan tidak mengalami kecederaan memgancam nyawa. -AFP

Namun begitu,  menurut ciapan Twitter dari Jabatan Bomba Los Angeles County, Woods berada dalam keadaan serius ketika dibawa ke hospital malah terpaksa dikeluarkan dari kereta menggunakan beberapa alatan khas.

Menurut wakil Jabatan Syerif Los Angeles, Kapten James Power kemalangan dipercayai akibat Woods hilang kawalan terhadap kenderaan yang dipandu laju ketika melalui jalan curam dan menghala turun daripada bukit.

“Laporan awal tidak menunjukkan sebarang kerosakan pada komponen dalaman kereta atau sebarang perbuatan khianat,” kata Power.

Woods yang bersendirian dalam kereta ketika kemalangan berlaku dibawa ke Pusat Perubatan Harbour- UCLA untuk rawatan lanjut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI