fbpx

Kedut, uban buat Karina Nadila panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARINA NADILA

BIMBANG memikirkan perubahan kulit wajahnya yang mula menunjukkan tanda-tanda penuaan dan kedutan walaupun belum menginjak usia 30-an, pelakon Karina Nadila kini bercadang untuk melakukan rawatan kecantikan.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, kedut-kedut halus mula kelihatan pada wajahnya terutama di bahagian kening dan dahi.

“Saya bercadang untuk menyuntik botox antara kening untuk menegangkannya semula, termasuk dahi.

“Saya sangat bimbang tentang keadaan ini sedangkan usia saya belum lagi mencecah 30 tahun,” ujar pelakon filem Gaby dan Lagunya itu.

Selain melakukan suntikan botox, Karina juga ingin melakukan rawatan rambutnya akibat masalah keguguran yang dialami sehingga menyebabkan kulit kepalanya mulai kelihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI