fbpx

Dividen SSPN 2020 empat peratus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2020 adalah sebanyak empat peratus.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, agihan itu membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM201.3 juta itu akan memberi manfaat kepada 4.82 juta pendeposit akaun SSPN.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM856.6 juta semenjak SSPN diperkenalkan.

“Agihan ini didorong hasil pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya melalui satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Noraini berkata, tahun lalu menyaksikan PTPTN memperoleh keuntungan pelaburan deposit SSPN berjumlah RM237.42 juta.

“Prestasi tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak RM32.14 juta iaitu 15.7 peratus berbanding RM205.28 juta pada tahun sebelumnya.

“Deposit SSPN bagi tahun 2020 yang berjumlah RM1.99 bilion telah mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang penubuhan PTPTN menunjukkan peningkatan sebanyak RM623.82 juta atau 45.6 peratus berbanding RM1.37 bilion pada tahun 2019,”katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI