fbpx

Warga Indonesia mengaku tidak bersalah mengilang, simpan LPG 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua enam tertuduh warga asing dibawa pegawai KPDNHEP bagi menghadapi pertuduhan mengilang LPG tanpa lesen di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Tiga warga Indonesia mengaku tidak bersalah memiliki serta mengilang gas cecair petroleum bersubsidi (LPG) tanpa lesen dan mohon dibicarakan.

Ketiga-tiga tertuduh itu, Muhamad Rohadi; Dedi Chandra dan Supardi membuat pengakuan tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1, Tengku Shahrizan Tuan Lah.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga warga Indonesia terbabit didapati mengilang barang berjadual tanpa lesen iaitu 2,349 kilogram (kg) gas petroleum cecair (berat kasar).

Perbuatan itu telah dilakukan di sebuah premis tanpa nama beralamat di Lot 16407/16408, Jalan Perusahaan Meranti 5, Kampung Sungai Rasau, Puchong kira-kira pukul 7 malam pada 16 Februari lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 21(1) Peraturan sama dibaca bersama Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohd. Haniff Md. Alimuddin dan Timbalan Pendakwa Raya Jesuthasen Nair manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan dan kesemua tertuduh ditahan sementara di Penjara Sungai Buloh.

Tengku Shahrizan kemudian menetapkan 23 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI