fbpx

Ustazah Asma’ tegur akaun ‘Riak Apa Hari Ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran pelayar di akaun kumpulan Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’.
Tangkap layar hantaran pelayar di akaun kumpulan Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menasihati secara terbuka kepada sebuah akaun kumpulan Facebook agar tidak menggunakan perkataan riak untuk tujuan bergurau.

Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, Ustazah Asma’ menegur pentadbir kumpulan “Riak Apa Hari Ini” supaya menukar nama atau terus menutup kumpulan itu yang disifatkan mengindahkan perbuatan riak.

“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen juga mendapati, teguran Ustazah Asma’ turut disokong oleh rata-rata netizen yang kebanyakannya menggesa supaya akaun tersebut ditutup.

Seorang netizen dikenali sebagai Irdina berkata, perbuatan riak itu tidak sewajarnya dijadikan senda gurau.

“Sangat takut apabila riak itu pada awalnya hanyalah sekadar untuk berkongsi rasa. Kini dijadikan senda gurau pula, akhirnya bertukar jadi tabiat,” katanya.

Baru-baru ini, akaun kumpulan Facebook tersebut menjadi tular di laman sosial.

Difahamkan kumpulan tersebut dicipta supaya pelayar Facebook boleh menunjuk-nunjuk kemewahan untuk tujuan bergurau dan menghiburkan semata-mata.

Akaun yang dicipta pada awal Februari itu kini mempunyai lebih 120,000 pengikut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI