fbpx

Dj radio dikecam netizen letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ Yusuf memohon maaf menerusi video IG TV yang dimuat naiknya baru-baru ini. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hitz FM hari ini mengesahkan telah menerima peletakan jawatan penyampai radio yang sebelum ini teruk dikecam netizen berhubung satu video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok.

Hitz FM menerusi satu hantaran di laman Facebooknya mengesahkan peletakan jawatan itu yang berkuatkuasa semalam.

“Hitz komited untuk menghiburkan dan menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia.

“Susulan siasatan dalaman terhadap kontroversi yang melibatkan salah seorang penyampai radio kami, adalah dimaklumkan bahawa kami telah menerima peletakan jawatan individu terbabit yang berkuatkuasa 22 Februari (semalam),”jelasnya.

Terdahulu, tindakan penyampai radio berkenaan memuat naik video sebagai respons terhadap sebutan bahasa Inggeris guru wanita sambil memaparkan reaksinya ketawa berdekah-dekah mencetuskan kemarahan netizen yang turut mendesak stesen radio Hitz FM Sarawak memecatnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI