fbpx

Kesepian belenggu rakyat Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOLONGAN pekerja jarang bersosial kerana memberi tumpuan kepada pekerjaan. – AFP

TOKYO – Jepun memperkasakan langkah untuk memerangi masalah kesepian yang semakin serius dalam kalangan rakyat ketika pandemik koronavirus me­landa, lapor akhbar Japan Times kelmarin.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga menambah jawatan Menteri Kesepian dalam Kabinetnya awal bulan ini sekali gus mengikuti langkah Britain yang menjadi negara pertama mewujudkan portfolio serupa pada 2018.

Suga melantik Tetsushi Sakamoto mengetuai porfolio tersebut. Sakamoti turut memikul tanggungjawab menangani masalah kadar kelahiran rendah di Jepun dan memacu ekonomi tempatan.

Ketika kesepian dikaitkan de­ngan pelbagai masalah sosial seperti bunuh diri, kemis­kinan dan hikikomori (antisosial), Pejabat Kabinet Jepun turut me­nubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak pada Jumaat lalu bagi menangani masalah tersebut dan menyiasat im­paknya termasuk kes bunuh diri.

Menurut laporan awal Agensi Polis Nasional Jepun, seramai 20,919 orang telah membunuh diri dalam tahun 2020, me­ningkat 750 berbanding tahun sebelumnya. Wanita dan belia menyumbang kepada peningkatan mendadak tersebut.

Suga yang bimbang bahawa ‘lebih ramai wanita berasa ke­sepian dan cenderung membunuh diri’, telah mengarahkan Sakamoto merangka dasar komprehensif bagi menangangi masalah kesepian.

 

 

SAKAMOTO dilantik Menteri Kesepian sebagai usaha serius kerajaan menangani masalah tersebut. – AFP

 

 

Namun, katanya, tumpuan bukan terhad kepada wanita dan belia sahaja.

Semasa bercakap kepada Jawatankuasa Bajet di Dewan Rendah bulan ini, Suga berkata, rakyat daripada segenap lapisan termasuk golongan berusia yang ‘terkurung’ di rumah dan pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas, semakin berasa terasing semasa era pandemik Covid-19.

“Terdapat banyak jenis ke­sepian yang perlu ditangani,” katanya.

Kerajaan Britain sebelum ini mendefinisikan kesepian sebagai ‘perasaan tidak senang akibat ketiadaan atau kehilangan teman’.

“Kesepian adalah perasaan dan pengalaman negatif yang boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan,” kata Ramona Herdsman yang merupakan ke­tua unit menangani masalah ke­sepian di Jabatan Digital, Budaya, Media dan Sukan Britain kepada barisan pemimpin parti peme­rintah, Parti Liberal

Demokratik dalam satu sidang video baru-baru ini.

Dalam laporan pada 2018, pertubuhan kesihatan global, Cigna merumuskan bahawa kesepian mengakibatkan kesan buruk ke atas kesihatan manusia se­perti seorang yang menghisap 15 batang rokok sehari dan lebih berbahaya daripada obesiti.

Antara kumpulan berisiko tinggi mengalami masalah itu adalah orang tua dan lelaki di usia pertengahan.

 

GAMBAR fail bertarikh 1 November 2018 menunjukkan papan tanda
di pintu masuk Hutan Aokigahara di wilayah Yamanashi menasihati orang ramai supaya tidak membunuh diri. – AFP

 

Kajian antarabangsa oleh Pejabat Kabinet pada 2015 me­nunjukkan peratusan golongan berusia 60 tahun yang merasakan mereka tiada tempat untuk mengadu adalah ter­tinggi di Jepun dengan 16.1 peratus berbanding 13 peratus di Amerika Syarikat, 10.8 peratus di ­Sweden dan 5.8 peratus di Jerman.

Kajian oleh Pertubu­han Kerjasama dan Pem­ba­ngunan Eko­no­mi (OECD) pa­­da 2005 pula mendapati­ Jepun ber­depan ma­salah kadar pe­ngasingan sosial yang tinggi te­rutamanya dalam kalangan lelaki.

Kajian itu mendapati Jepun mempunyai peratusan tertinggi lelaki yang jarang atau tidak pernah meluangkan masa de­ngan sahabat, rakan sekerja atau kumpulan masyarakat lain iaitu mencecah 17 peratus sekali gus jauh lebih tinggi berbanding kadar purata OECD sebanyak 6 peratus.

Kebimbangan turut meningkat terhadap mereka yang tinggal bersendirian. Di Jepun, trend membujang atau berkahwin lewat diramal mengakibatkan peratusan mereka yang tinggal bersendirian kepada hampir 40 peratus daripada semua isi rumah negara itu pada 2040.

“Pandemik koronavirus pada fikiran saya, telah menanamkan kesedaran kepada ramai orang bujang bahawa mereka terasing dan tidak mengenali sesiapa di kejiranan sendiri dan tidak mempunyai bar sebagai tempat bersosial,” kata ketua kumpulan pemikir Lifull, Manjo Simahara.
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI