fbpx

Akibat PKPD dan kes positif, 428 pelajar tidak dapat duduki SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING – Gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kes positif Covid-19, seramai 428 pelajar daripada 32 buah sekolah di seluruh negeri Sarawak tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, seramai 414 pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kawasan tempat tinggal mereka telah dikuatkuasakan PKPD manakala 14 lagi disahkan positif Covid-19.

“Daripada 428 pelajar, 205 orang merupakan pelajar lelaki dan baki 223 orang lagi pelajar perempuan,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak menjelaskan, PKPD bagi kawasan rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan sehingga 4 Mac ini.

“Ia susulan daripada jangkitan Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya di kawasan itu,” ujarnya.

Mengulas mengenai situasi semasa Covid-19 di Sarawak, ujarnya, satu kes kematian baharu telah direkodkan sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 74 orang atau sebanyak 0.91 peratus daripada keseluruhan kes positif yang dilaporkan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI