fbpx

Azizulhasni, Shah Firdaus terima vaksin sebelum ke Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (kanan) dan Shah Firdaus akan menerima suntikan vaksin Covid-19 sebaik sahaja pulang ke tanah air dari Australia pada Jun nanti.

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mendedahkan, Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom antara atlet negara yang akan menerima vaksin Covid-19 sebelum berlepas ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, dua pelumba trek negara itu menjalani latihan di Melbourne, Australia dan akan pulang untuk suntikan vaksin pada Jun depan.

Tambah Abu Samah, selain dua pelumba itu, seramai 33 atlet berbasikal negara yang mengikuti program Majlis Sukan Negara (MSN) akan me­nerima suntikan vaksin awal.

“Apa yang saya difahamkan atlet di bawah program MSN sahaja akan menerima vaksin Covid-19. Bagi kategori berbasikal pula, hanya 35 nama telah diserahkan untuk menerima vaksin tersebut.

“Bagi situasi Azizulhasni dan Shah Firdaus yang kini berada di Melbourne, mereka perlu pulang ke Malaysia pada Jun nanti untuk menerima suntikan vaksin tersebut sebelum berlepas ke Tokyo bersama kontinjen Malaysia,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyenaraikan nama 4,000 atlet dan pegawai kepada Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) malah mereka yang akan ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan diletakkan sebagai keutamaan.

“Selain itu, terdapat juga nama atlet yang akan beraksi di pentas dunia. Semuanya telah dirangkumkan dari segi Sukan Olimpik, Sukan SEA, Sukan Asia dan kemudian pemain dalam liga penting seperti Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Liga Hoki Malaysia dan sukan-sukan lain.

“Ia akan diperincikan dari semasa ke semasa tetapi keutamaan waktu ini adalah buat mereka yang akan me­nyertai Sukan Olimpik,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI