fbpx

7,020 petugas barisan hadapan terima vaksin dari IKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) menandatangani buku lawatan ketika hadir di IKN hari ini.

PUTRAJAYA – Seramai 7,020 anggota kesihatan dan bukan kesihatan akan menerima vaksin yang diterima Institut Kanser Negara (IKN) sebagai salah satu daripada 54 buah Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara.

Pejabat Perdana Menteri berkata, IKN berperanan membekalkan vaksin secara berjadual kepada empat buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Putrajaya yang telah dikenal pasti daripada keseluruhan 605 lokasi PPV seluruh negara.

“Bagi tujuan pembekalan ke PPV, vaksin akan dipindahkan ke kotak sejuk dengan suhu simpanan dua hingga lapan darjah celsius dan dimasukkan ke dalam peti sejuk muatan atas dengan suhu penyimpanan yang sama setelah tiba di PPV.

“Vaksin Comirnaty® yang disimpan pada suhu tersebut mempunyai jangka hayat sehingga lima hari atau bersamaan dengan 120 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke IKN petang tadi bagi meninjau kesiapsiagaan fasiliti tersebut untuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama yang akan bermula Rabu ini.

Muhyiddin (tengah) dibawa meninjau persiapan terakhir di PPV hari ini.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri diberikan taklimat berkenaan proses peyimpanan dan pengurusan vaksin Covid-19 di PSV serta proses pemberian vaksin yang akan dilaksanakan.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI