fbpx

United belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMES (kanan) mendapat pujian daripada Solskjaer selepas membuktikan kemampuannya untuk tersenarai dalam kesebelasan utama United. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak akan mengibarkan bendera putih dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas skuad bimbingannya membenam Newcastle United 3-1 awal pagi semalam.

United dilihat langsung tiada masalah untuk melakar kemenangan pada aksi di Stadium Old Trafford itu apabila mudah meraih jaringan menerusi Marcus Rashford, Daniel James dan Bruno Fernandes.

Kemenangan itu membo­lehkan The Red Devils kekal berada di tangga kedua dan terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Manchester City biarpun ketinggalan 10 mata.

Solskjaer menegaskan, mereka hanya fokus kepada aksi sendiri tanpa perlu menghiraukan kedudukan pasukan lain dalam usaha menghidupkan sisa perjuangan untuk merebut kejuaraan liga musim ini.

“Kami akan terus berjuang sehingga ia tidak mampu dilakukan lagi. Saya masih menaruh harapan tinggi kami mampu merapatkan jurang mata dengan lebih dekat selepas ini.

“Apa yang penting, pasukan perlu fokus aksi sendiri tanpa menghiraukan kedudukan liga. Jika kami kekal konsisten sehingga penghujung musim, ia bakal memberi petanda positif buat pasukan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Solskjaer memuji impak yang diberikan oleh James sejak beberapa perlawanan lepas sekali gus membuktikan bahawa dia layak diletakkan dalam kesebelasan utama.

“Ia adalah minggu yang cemerlang buat James yang sudahmeledak dua gol berturut-turut. Dia seorang pemain yang bekerja keras dan sentiasa positif meskipun jarang mendapat minit permainan sebelum ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI