PUTRAJAYA – Sebanyak 2,192 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 285,761 kes.
Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, 2,189 kes adalah penularan tempatan.
“Selain itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 32,076 kes.
“Terdapat 3,414 kes sembuh dicatatkan hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 252,623 kes,” ujarnya ciapan tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, jelasnya, terdapat enam kematian baharu menjadikan sebanyak 1,062 jumlah kematian Covid-19 di negara ini.
Sementara itu, sebanyak 199 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE