fbpx

Maahad tahfiz seluruh Perak beroperasi mulai 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Annuar Zaini

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan maahad tahfiz yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) untuk beroperasi semula bermula 1 Mac ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, perkara itu diperkenankan baginda selepas mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negeri Perak dan Kementerian Kesihatan.

Mohd. Annuar berkata, setiap maaad tahfiz berkenaan bagaimanapun perlu mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan antaranya memastikan maksimum pelajar yang dibenarkan, terhad kepada kapasiti ruang asrama dan sekolah dengan mematuhi jarak fizikal yang diwajibkan.

“Ruang belajar, ruang hafazan, ruang solat dan ruang asrama wajib mematuhi jarak fizikal.

“Pelajar hanya dibenarkan mengguna bahagian bawah katil dua tingkat dalam asrama yang menyediakan katil dua tingkat,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa atau penjaga dibenarkan menghantar pelajar sehingga ke pintu pagar sahaja dan bagi meminimumkan pendedahan dan risiko, ibu bapa atau penjaga buat sementara waktu, tidak dibenarkan mengadakan sebarang lawatan menziarahi pelajar.

“Semua barang yang dibawa dari rumah serta apa-apa juga barang yang dibawa dari luar, wajib disanitasi sebelum dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan maahad tahfiz,” katanya.

Katanya, pengurusan maahad tahfiz wajib melakukan sanitasi premis sekolah dan asrama secara keseluruhan yang memenuhi piawaian yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan atau pihak berkuasa yang berkaitan sebelum menerima pelajar melaporkan diri.

Beliau berkata, setiap pelajar wajib menggunakan peralatan makanan sendiri yang tidak dikongsi dengan pelajar lain manakala pembekal barang kantin dan asrama serta pembekal peralatan tidak dibenarkan masuk ke kawasan maahad tahfiz.

“Kawalan dan pemantauan kesihatan yang tegas hendaklah dipatuhi oleh guru dan staf yang keluar masuk kawasan maahad tahfiz.

“Semua petugas di maahad tahfiz hendaklah dihadkan kepada warga negara dan penduduk tetap Malaysia dan pengurusan tahfiz hendaklah memeriksa dan memastikan para petugas tinggal dalam rumah dan persekitaran yang tidak menimbulkan keraguan daripada segi piawaian kesihatan,” katanya.

Dalam hal itu katanya, Pengarah Jaipk diberikan kuasa budi bicara dan boleh mengarahkan penutupan mana-mana maahad tahfiz yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI