fbpx

Ayah calon SPM berdiri hampir sejam di sekolah, doakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Omar berdiri di tepi pagar sekolah hampir satu jam selepas menghantar anak sulungnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini hari ini.

MELAKA – Seorang bapa sanggup berdiri di tepi pagar sekolah hampir satu jam selepas menghantar anak sulungnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini hari ini.

Apabila didekati dan ditanya, Amir Omar, 43, memberitahu, dia sedang mendoakan agar anaknya, Fatin Maisara Amir, 18, lebih tenang ketika menjawab peperiksaan, yang dianggapnya sebagai salah satu kasih dan sayang yang diberikan kepada puterinya itu.

Katanya, walaupun suasana peperiksaan SPM kali ini berbeza tanpa solat hajat oleh pihak sekolah bersama-sama ibu bapa, dia sekeluarga tetap menjalankan ibadah itu sebagai usaha agar anaknya dapat menghadapi peperiksaan dengan sebaiknya.

“Saya tahu dia (Fatin) bimbang kerana pelbagai kekangan terpaksa dihadapi dalam membuat persiapan peperiksaan pada waktu pandemik Covid-19 ini, namun kami sekeluarga tetap yakin dia akan membuat yang terbaik.

“Selain itu saya turut meredakan dan memaafkan segala kesilapannya semoga dia diberikan kemudahan sepanjang tempoh peperiksaan ini,”katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang lagi bapa Shanin Jaya, 45, memberitahu, anaknya Nurul Iqlima Asyikin, 18, kelihatan sedikit tertekan pada pagi ini, mungkin disebabkan perasaan gementar untuk menjawab peperiksaan.

“Bagaimanapun saya memberi nasihat kepada anaknya agar bertenang dan melakukan yang terdaya sahaja bagi meredakan sedikit tekanan.

“Sebagai ibu bapa kita memang mahukan yang terbaik tetapi pada masa sama saya tidak mahu anak berasa terlalu tertekan sehingga mengganggu tumpuannya nanti,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI