fbpx

Empat premis bitcoin diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesin bitcoin yang dirampas pihak berkuasa dalam serbuan di sekitar Sabak Bernam, semalam.

SABAK BERNAM – Polis menyerbu empat premis melombong mata wang kripto bitcoin dengan merampas 420 mesin bernilai RM420,000 di sekitar daerah ini, semalam.

Dalam serbuan bermula pukul 5 petang di pekan Sabak Bernam dan Sungai Besar itu bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan awal mendapati kesemua premis itu dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu.

Katanya, menerusi serbuan bersama Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) itu mendapati pihak utiliti itu mengalami kerugian sebanyak RM50,000 sebulan di setiap premis terbabit.

“Ini merupakan kegiatan seumpamanya dikesan di daerah ini dengan mereka menyewa premis bangunan di tingkat dua dan tiga.

“Sindiket juga bertindak melakukan penyambungan haram bagi mencuri bekalan elektrik dengan nilai kerugian dianggarkan RM200,000,” katanya di sini hari ini.

Agus Salim menambah sewaktu serbuan didapati tiada individu dengan pemecahan kunci pintu premis terpaksa dilakukan pihak TNB.

Jelas beliau, pihaknya sedang mengesan pemilik premis terbabit bagi membantu siasatan berhubung kegiatan tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI