fbpx

Calon SPM di Padang Terap dapat bantuan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERANG – Seramai 1,094 calon di daerah Padang Terap menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 11 pusat peperiksaan di daerah ini bermula hari ini.

Sebanyak tujuh buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), tiga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sebuah sekolah menengah agama swasta dijadikan pusat peperiksaan.

Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Shuhaime Abdul Rahman berkata, sanitasi secara harian akan dilakukan setelah peperiksaan selesai bagi memastikan keselamatan calon.

“Saya telah berbincang dengan pihak bomba daerah Padang Terap untuk sentiasa melakukan sanitasi pusat peperiksaan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad di sini hari ini.

Kata beliau, seramai 500 pelajar miskin di sini juga akan diberi peruntukan kewangan bagi keperluan makanan sepanjang peperiksaan.

“Untuk hari ini, kesemua 1,094 calon akan diberikan makanan tengah hari percuma sebagai sokongan moral dan semangat buat mereka menghadapi peperiksaan norma baharu ini.

“Kami juga memperuntukkan 1,000 pelitup muka, cecair pembasmi kuman serta sarung tangan kepada pegawai peperiksaan seluruh sekolah di sini,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI