fbpx

Jehan Miskin kini bergelar bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Jehan Miskin menimang cahaya mata sulung yang dilahirkan semalam.

PETALING JAYA – Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Jehan Miskin, 41, kini bergelar bapa selepas isterinya, Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki semalam.

Berita gembira tersebut dikongsi pelakon drama Manjalara itu dalam Facebooknya dengan memuat naik beberapa keping foto bersama cahaya mata pertamanya yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.

Menurut pemilik nama penuh Mohd. Jehan Miskin, cahaya mata sulungnya itu lahir pada waktu tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan, nama pertama saya. 

“Awak lahir pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api, benar-benar satu keajaiban,” tulisnya dalam entri tersebut.

Sementara isterinya, Julie Camelia Rhee yang merupakan warganegara Korea mengakui teruja dengan kelahiran anak sulung mereka. 

“Axel kini menyertai keluarga kecil kami pada 20 Februari lalu (semalam).

“Kebahagiaan kini ada di mana-mana,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

 Terdahulu, pada September tahun lalu, Jehan mengumumkan isterinya hamil anak pertama mereka selepas tujuh tahun menanti kelahiran cahaya mata. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada bulan Mei 2013. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI