fbpx

Banjir besar di Jakarta ragut 5 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat membantu penduduk yang terjejas banjir di Tangerang, Banten, berikutan hujan lebat, kelmarin. - AFP

JAKARTA – Seramai lima orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir besar yang menenggelamkan seluruh kawasan kejiranan di Jakarta, kata pihak berkuasa hari ini.

Insiden tersebut berlaku ketika penduduk kembali ke kampung untuk membersihkan rumah dan menyelamatkan barang-barang mereka.

Jakarta dilanda hujan lebat berterusan selama beberapa hari dan limpahan air membanjiri puluhan jalan utama dan memaksa ratusan orang dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan.

Mangsa pertama merupakan seorang lelaki berusia 67 tahun yang ditemui mati setelah terperangkap di rumahnya yang dipenuhi air di bahagian selatan Jakarta yang teruk terjejas semalam, demikian menurut Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jakarta, Sabdo Kurnianto kepada agensi berita AFP.

Dia menambah bahawa tiga kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia apabila dihanyutkan oleh banjir manakala mangsa kelima iaitu seorang gadis ditemui lemas.

Agensi meteorologi Indonesia memberi amaran bahawa Jakarta Besar iaitu wilayah yang menempatkan sekitar 30 juta orang yang selalu dilanda banjir pada musim hujan akan berdepan situasi sama pada minggu hadapan.

“Sungai melimpah keluar dan membawa bersama banyak lumpur. Saya mengalami kerugian kewangan yang besar,” kata penjual buah Kota Bekasi, Ali Fatullah.

Kurnianto memberitahu kira-kira 1,700 penduduk masih ditempatkan di pusat perlindungan walaupun ramai penduduk mula pulang ke rumah masing-masing.

Banjir telah melanda 200 kawasan kejiranan di wilayah itu dengan paras air di 40 kampung di Sunda berada pada kedalaman sekitar 30 sentimeter (sm). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI