fbpx

Hidup Lovato hampir rosak sebab dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI LOVATO

PENYANYI Demi Lovato membuat pengakuan pernah terjebak dengan gejala penagihan dadah sehingga hampir merosakkan hidupnya.

Dalam satu pengakuannya, bekas bintang Barney and Friends itu berkata, dia mula mengambil bahan terlarang tersebut pada usia 17 tahun.

“Saya memulakan kerjaya seni seawal usia 10 tahun menerusi Barney and Friends. Ketika itu saya menjadi idola dan kegemaran kanak-kanak.

“Tetapi mereka tidak tahu apa yang saya alami,” ujar Lovato.

Ujarnya lagi, sejak kecil lagi dia sebenarnya telah mengalami banyak cabaran sehingga membuatkan dirinya tertekan dan terdorong ke arah penyalahgunaan dadah untuk melupakan permasalahannya.

Bahkan, pada tahun 2010, penyanyi yang popular menerusi lagu Sorry Not Sorry itu pernah memukul seorang penyanyi latarnya dalam sebuah konsert.

Bagaimanapun, Lovato kini telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah selepas menjalani rawatan pemulihan.

“Saya kini telah bangkit untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI