fbpx

Punca Choa berehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOA

PENYANYI Choa yang baru-baru ini membuat kemunculan semula dalam industri selepas berehat panjang membuka mulut tentang sebab utama ‘kehilangan’nya.

Ketika muncul dalam program On and Off terbitan tvN, Choa berkata, sikapnya yang positif dan optimistik tiba-tiba berubah.

“Saya tiba-tiba berasa sangat penat, sukar tidur malam dan ditimpa kepenatan melampau.

“Sejak bergelar idola, semua benda diuruskan oleh agensi.

“Sehinggalah saya sedar, ketika sudah bergelar dewasa, banyak benda yang saya tidak boleh lakukan sendiri,” ujarnya.

Sepanjang ‘kehilangannya’, bekas anggota kumpulan AOA itu mendedahkan, dia menggunakan masa terluang untuk mendapatkan kembali tenaganya.

“Saya tidur dengan baik, makan dengan banyak dan melancong ke banyak tempat.

“Saya gunakan masa terluang sebaik mungkin. Selepas berehat panjang, saya mula rindukan semua orang, sebab itu saya putuskan untuk kembali aktif dengan membuka akaun YouTube,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI