fbpx

Chelsea mahu selamatkan Stones

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STONES (kiri) semakin sukar untuk berada dalam kesebelasan utama City menyebabkan dia mungkin terpaksa mencari pasukan baharu. – AFP

LONDON – Chelsea menjadi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaharu yang berminat untuk menandatangani pemain pertahanan ‘terbuang’ Manchester City, John Stones pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sebagai rekod, Chelsea telah berbelanja mewah tahun ini de­ngan menandatangani pemain sayap lincah Ajax Amsterdam, Hakim Ziyech dan penyerang Red Bull Leipzig, Timo Werner selain turut berminat untuk menyambar pemain tengah Bayer Le­verkuzen, Kai Havertz.

Kini, skuad The Blues yang dibimbing oleh Frank Lampard percaya bahagian pertahanan adalah salah satu posisi yang perlu dirombak oleh pasukannya sekiranya mahu merebut kejua­raan utama musim depan.

Justeru, Stones yang baru berusia 26 tahun dianggap calon terbaik selepas gagal mempamerkan aksi yang diharapkan bersama skuad Pep Guardiola itu apabila sering dihimpit kecede­raan.

Selain Chelsea, tiga lagi pasukan utama EPL turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Stones iaitu Arsenal, Newcastle United dan kelab yang diwakili ketika remaja, Everton.

Difahamkan, Guardiola sememangnya berhajat untuk menjual Stones dengan harga ‘runtuh’ kerana mahu menggantikan posisinya dengan pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly daripada kelab Napoli musim depan.

Stones sebelum ini telah memecahkan rekod pemain termahal dunia pada tahun 2016 selepas berhijrah daripada kelab Everton ke City dengan nilai sebanyak £47.5 juta (RM259 juta).

Siri kecederaan yang melanda Stones sebelum ini merencatkan masa depannya bersama The Citizens sekali gus menyebabkan prestasinya terumbang-ambing dan gagal memikat perhatian Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI