fbpx

49,472 calon duduki SPM 2020 di Johor, bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seramai 49,472 pelajar di seluruh Johor bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang dijadualkan bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, peperiksaan itu akan dibuat di 366 pusat pemeriksaan yang dibuka seluruh negeri.

Menurut beliau, bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu, seramai 4,089 petugas telah dilantik.

“Sehubungan itu, petugas dan pelajar yang terlibat diwajibkan untuk mengikuti segala panduan pengurusan pentaksiran peperiksaan awam yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Pengoperasian sekolah dalam norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran peperiksaan serta mencegah penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Peperiksaan SPM yang dijadualkan esok melibatkan calon yang sepatutnya menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Kerajaan kemudian memutuskan agar peperiksaan itu diadakan secara serentak bermula 22 Februari di seluruh negara.

Tambah Mazlan lagi, sehubungan itu pihaknya turut mendoakan agar kesemua calon peperiksaan SPM 2020 itu agar dapat menduduki peperiksaan dengan jayanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI