fbpx

Azizul raih emas lagi di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (tengah) meraih pingat emas manakala Shah Firdaus (kiri) merangkul pingat perak pada Kejohanan Pecut Victoria di Melbourne, Australia semalam. – MALAYSIAN TRACK CYCLING

JAGUH trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang terus bersemangat dalam persiapan menuju ke Sukan Olimpik Tokyo apabila menjuarai Kejohanan Pecut Victoria di Melbourne, Australia semalam.

Lebih menarik, rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom yang turut menyertai kejohanan tersebut turut tampil cemerlang apabila meraih pingat perak dalam acara sama.

“Khabar baik daripada pasukan trek kebangsaan di Australia. Pingat emas berjaya diraih Azizulhasni dan perak untuk Shah Firdaus pada Kejohanan Pecut Victoria hari ini (semalam). Syabas!” tulis Team Malaysia menerusi Twitter semalam.

Pelumba berusia 33 tahun itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman pada Disember lalu menterjemahkan emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane de­ngan Shah Firdaus memperoleh gangsa.

Awal bulan ini, Azizulhasni meraih suntikan semangat apabila berjaya menghuni kedudukan teratas dalam ranking dunia acara pecut individu.

Berdasarkan kedudukan semasa yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), Azizul berada di kedudukan teratas acara pecut selepas mengumpul 1,600 mata diikuti pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya (kedua) dan pelumba New Zealand, Sam Webster (ketiga).

Bagi acara keirin pula, Azizulhasni berada di kedudukan kedua selepas mengumpul 1,740 mata, hanya dipisahkan 50 mata berbanding pelumba No. 1 dunia, Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI