fbpx

RM15 juta atasi masalah banjir di Pengerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Masrizal (dua, kiri) ketika mengadakan lawatan kerja ke Kampung Sungai Kapal Lama, Pengerang berhubung isu banjir akibat bencana monsun timur laut di sini hari ini.

KOTA TINGGI – Sebanyak RM15 juta peruntukan khas disalurkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di Pengerang di sini.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Mohamad berkata, usaha itu sebagai langkah jangka panjang yang diambil melalui penyediaan sistem pam air di kawasan terlibat.

“Satu jawatankuasa bersama diwujudkan diketuai pegawai daerah agar masalah ini dapat dilihat secara bersama dan penyelesaiannya lebih tuntas.

“KASA juga akan pastikan kawasan Kampung Sungai Kapal dan kawasan berhampiran akan disediakan peruntukan khas agar kawasan ini disediakan pam-pam supaya air bertakung yang menjadi punca banjir ini dapat dialirkan ke laut dan sebagainya.

“Selain itu bagi kawasan-kawasan sekitar ini, bukan sahaja dalam kawasan projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) kita akan sediakan pam portable (mudah alih) apabila berlaku hujan lebat luar biasa kita akan hantar pam-pam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Sungai Kapal Lama, Pengerang dan Taman Bayu Damai berhubung isu banjir akibat bencana monsun timur laut di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, Adun Tanjung Surat dan Datuk Ir. Syed Sis A.Rahman.

Dalam pada itu, Azalina mencadangkan agar kerajaan mengkaji sama ada boleh mewujudkan pembiayaan bersama syarikat-syarikat yang melakukan pembangunan di kawasan tersebut.

“Isu ganti rugi mangsa banjir ini kalau hendak suruh kerajaan sahaja tidak adil kerana isu alam sekitar. Air bertakung tidak boleh keluar berlaku sejak projek berbilion ini ada.

“Sepatutnya dengan adanya projek ini kesan alam sekitar menjadi lebih lancar. Ini sesuatu yang perlu kerjsama antara syarikat antarabangsa ini dan kerajaan.

“Saya agak ‘question mark’ projek Rapid dan projek Dialog ada pelabur antarabangsa yang fokus alam sekitar tetapi di Malaysia tidak boleh fokus alam sekitar. Sepatutnya isu ini tidak boleh berlaku kepada Adun, Ahli Parlimen dan kerajaan dari segi undang-undang kena kaji bersama,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyifatkan banjir yang berlaku tahun ini adalah paling teruk dengan melibatkan lebih 500 mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan paras air banjir sehingga mencecah bumbung rumah penduduk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI