fbpx

Tergamak bunuh, potong kucing bunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular gambar seekor kucing yang mati kerana dipotong kakinya.

PETALING JAYA – Bangkai seekor kucing betina bunting ditemui dalam keadaan menyayat hati selepas keempat-empat kakinya dipercayai dipotong dalam satu kejadian di Taman Harmonis, Gombak dekat sini semalam.

Pemilik kucing berkenaan, Mur Salina Junaidi, 20, ketika dihubungi Kosmo! berkata, kejadian tersebut diketahui selepas dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

“Saya bela dia sejak dua tahun lalu dan diberi nama cantik. Saya tidak sangka ada orang tergamak melakukan perkara kejam seumpama ini.

“Saya juga telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini di Balai Polis Gombak semalam bagi memastikan individu bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” jelas setiausaha di sebuah syarikat swasta berkenaan.

Terdahulu, tular gambar dan video berdurasi 6 saat yang memaparkan bangkai seekor kucing betina tanpa kaki yang dipercayai telah dipatahkan.

Haiwan peliharaan tersebut ditemui mat di dalam kotak yang ditutup dengan kertas surat khabar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut pada Jumaat lalu.

“Kita telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pemilik kucing berkenaan pada Jumaat lalu.

“Kes ini akan dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Shah Alam dan semua kes melibatkan penganiayaan terhadap haiwan disiasat oleh jabatan tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI