fbpx

Mustahil Liverpool tewas kepada Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (tengah) dijangka meneruskan kecemerlangannya menjaringkan gol bagi memastikan Liverpool kembali ke landasan kemenangan apabila bertemu Everton awal pagi esok. – AFP

LIVERPOOL – Juara bertahan, Liverpool mampu menamatkan badi tiga kekalahan berturut-­turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi seterusnya menentang musuh setempat, Everton di Sta­dium Anfield awal pagi esok.

Bekas pemain tengah ­Liverpool, Danny Murphy menegaskan, skuad bimbingan Jurgen Klopp itu dijangka tidak berdepan tugas berat untuk mengalahkan Everton sekali gus kembali ke landasan kemena­ngan buat kali pertama dalam kempen EPL sejak 1 Februari lalu.

Murphy yang menyarung jersi The Reds dari 1997 hingga 2004, menyifatkan keyakinan itu berdasarkan kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig hasil jaringan daripada Mohamed Salah dan Sadio Mane pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara baru-baru ini.

“Mustahil tewas kerana sejarah Liverpool bertemu Everton telah menceritakan segala-gala­nya. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk mencatat kemena­ngan ke atas Everton.

“Saya akui skuad Everton kali ini lebih berbahaya, namun harus diingat apabila mereka mungkin beraksi tanpa kehadiran (Dominic) Calvert-Lewin,” kata Murphy.

Rekod pertemuan antara ­kedua-dua pasukan juga memihak kepada Liverpool yang kali terakhir tewas kepada Everton sewaktu 11 tahun lalu dengan keputusan 0-2 dalam aksi EPL pada 2010.

Pada masa sama, Klopp juga bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain tengah, Naby Keita yang dilaporkan kembali menjalani latihan bersama skuad utama.

Sebagai rekod, kemenangan ke atas Everton mampu menghidupkan peluang Liverpool untuk kembali menempatkan diri dalam kelompok empat teratas daripada kedudukan keenam selepas 24 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI