fbpx

Everton tagih penyudah tajam Calvert-Lewin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVERT-LEWIN (kanan) bakal kembali beraksi memperkuatkan Everton untuk aksi menentang Liverpool di Anfield awal pagi esok. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Carlo Ancelotti terdesak untuk menurunkan penyerang prolifiknya, Dominic Calvert-Lewin menjelang pertembungan derbi setempat menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield awal pagi esok.

Ketiadaan Calvert-Lewin, 24, bukan sahaja menyaksikan jentera serangan The Toffees tumpul, malah turut mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan EPL bermula 0-2 kepada Fulham pada Isnin lalu dan 1-3 terhadap Manchester City kelmarin.

Justeru, Ancelotti, 62, berharap Calvert-Lewin yang sudah meledak 13 gol EPL musim ini, dapat kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama dengan misi menewaskan Liverpool buat kali pertama sejak 11 tahun lalu.

“Saya harap Calvert-Lewin sudah boleh diturunkan untuk perlawanan Sabtu (awal pagi esok). Dia sudah kembali berlatih bersama-sama Allan yang sebelum ini diberikan rehat satu hari,” kata Ancelotti.

Kehadiran Calvert-Lewin amat penting kerana kecemerlangannya musim ini menyaksikan Everton berjaya mencatat 11 kemenangan dan kini menduduki tangga ketujuh, cuma tiga mata di belakang Liverpool di tempat keenam.

Bagaimanapun, Ancelotti berkemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat bek tengah Colombia, Yerry Mina disebabkan kecederaan yang dialami ketika menentang City kelmarin.

Bekas pengendali Real Madrid itu juga belum mendapat ‘lampu hijau’ untuk menurunkan Jean-Philippe Gbamin yang baru bermain 135 minit permainan bersama Everton sejak berhijrah daripada Mainz pada 2019 ­disebabkan kecederaan paha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI