fbpx

“Saya bangga jadi cikgu” – Cikgu Rafidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafidah turut memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya sedang bersiaran di saluran televisyen DidikTV.

PETALING JAYA – Saya bangga jadi guru.

Itu luahan seorang guru wanita yang dijadikan bahan jenaka seorang penyampai radio yang tular baru-baru ini.

Guru tersebut, Rafidah Rahmat, melalui satu hantaran Facebook peribadinya berkata, dia bagaimanapun mengakui kelemahan yang berlaku semasa mengajar.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku (Facebook).

“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” katanya.

Status guru tersebut telah mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen memberi kata-kata semangat.

Tinjaun Kosmo! di ruang komen juga mendapati, netizen turut menasihati Rafidah supaya tidak menghiraukan kata-kata kecaman selain turut berterima kasih kepada guru berkenaan.

Terdahulu, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak, Yusuf Shukri, digantung tugas selepas video dia mentertawakan guru tersebut yang sedang mengajar melalui saluran televisyen DidikTV mendapat kecaman hebat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI