fbpx

Dua Lipa, kuasa pop besar terbaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA LIPA

SUKAR untuk menafikan kemaraan penyanyi Britain yang seorang ini. Hari demi hari, Dua Lipa kian membuktikan kepada dunia mengapa dirinya layak dicanang sebagai penyanyi dengan pengaruh pop terbesar era ini.

Terbaharu, Lipa, 25, melahirkan satu lagi bentuk diskografi iaitu album Extended Version The Future Nostalgia yang diberi nama Future Nostalgia (The Moonlight Edition). Penulis tidak teragak-agak untuk mengatakannya sekali lagi yang Future Nostalgia merupakan antara album terbaik menjengah tahun 2020.

Menerusi The Moonlight Edition, Lipa menghidangkan beberapa trek baharu seperi We’re Good, Prisoner (feat. Miley Cyrus), If It Ain’t Me, That Kind Of Woman, Not My Problem (feat. JID) dan Un Dia (One Day).

Berhubung kualiti yang dicernakan dalam We’re Good hasil tulisan bersama Dua, Emily Warren, Scott Harris dan Sylvester Willy Sivertsen, lagu tersebut boleh dikatakan sebagai penyambung legasi yang ditinggalkan antem-antem Future Nostalgia terdahulu seperti Don’t Start Now, Levitating dan Break My Heart.

MENERUSI Future Nostalgia: The Moonlight Edition, Dua Lipa membuktikan kedudukannya sebagai penyanyi pop berpengaruh abad ini.

Pop retro

We’re Good sebuah lagi karya Lipa yang mengandungi kualiti cemerlang. Masakan tidak, beberapa jam selepas dilancarkan, lagu tersebut terus meroket di tangga pertama carta Spotify global, sekali gus menolak kedudukan lagu-lagu seperti Save Your Tears (The Weeknd), Drivers License (Olivia Rodrigo) dan Good Days (SZA).

We’re Good masih mempunyai ‘DNA’ kebanyakan lagu yang dimuatkan dalam The Future Nostalgia. Masih ada nilai pop retro yang mahal dan pada masa sama, mudah ditangkap cuping telinga pendengar.

Kandungan lirik We’re Good boleh dirumuskan tentang persinggahan cinta yang membawa definisi bahawa kalaupun dua jiwa tidak lagi bersama, mereka masih tetap boleh menjalani kehidupan biasa dalam terma kawan baik.

Lirik, melodi, MV ‘kaya’

Tidak dapat hidup bersama dengan kekasih, tidak bermakna harus saling membenci. Hidup ini mudah dan banyak pilihan. Cinta merupakan perjalanan, bukannya satu destinasi yang wajib dikejar.

Menyentuh tentang komposisi muzik, penulis kagum dan tertarik bagaimana Lipa dan pasukannya menyatukan elemen pop lama dan moden, sekali gus mencernakan sebaik-baik karya sehingga terhasilnya trek seperti We’re Good.

Lagu tidak semestinya perlu terlalu sarat dengan perkakas muzik.

Barangkali cukup dengan dentuman dram, petikan gitar dan bantuan alat muzik sampingan lain, hasil akhirnya pasti akan kedengaran mewah, ‘berkelas’ dan mahal.

Itu belum disentuh bab muzik videonya yang penulis boleh sifatkannya sebagai sesuatu yang spektakular!

MENERUSI The Moonlight Edition, Lipa menghidangkan beberapa trek baharu seperi We’re Good, Prisoner (feat. Miley Cyrus), If It Ain’t Me, That Kind Of Woman, Not My Problem (feat. JID) dan Un Dia (One Day).

Luar biasa

Kapal mewah yang tenggelam mungkin menjadi momen buruk kepada kebanyakan penumpang. Bagaimanapun tidak buat seekor udang kara yang hampir menjadi santapan penumpang, namun disebabkan tenggelamnya sebuah kapal, udang kara berkenaan bernasib baik dan kembali ke habitat asalnya.

Itu satu epitome dan analogi berseni yang sungguh majestik, mahal dan mendalam.

Bagaimanapun, ada beberapa trek baharu lain yang ditambah dalam edisi Moonlight.

Cuma penulis perlu berhenti mengetuk papan kekunci dan mengulas ulasan karya paling hebat We’re Good sahaja.

Buat Lipa, anda merupakan penyanyi perempuan masa kini yang mempunyai banyak idea dan perkara yang luar biasa untuk dibentangkan kepada pendengar. Terima kasih untuk edisi Moonlight ini!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI