fbpx

Lisa jadi ketua juri anugerah fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

ANGOTA kumpulan Blackpink, Lisa dilantik menjadi ketua juri bagi sebuah anugerah fesyen yang dikenali sebagai ANDAM 2021 baru-baru ini.

Menurut sumber yang dipetik daripada majalah WWD, Lisa akan mengetuai 14 orang juri lain dalam pemilihan pemenang anugerah berprestij di Perancis tersebut.

Selain Lisa, juri hebat lain termasuk penyanyi China, Chris Lee, pereka fesyen, Kerby Jean-Raymond dan Phoebe Philo, penyanyi dan pelakon Perancis, Lou Doillon.

“Juri datang daripada bidang yang berbeza dan mewakili pelbagai aspek serta kreativiti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden juri ANDAM 2021, Cedric Charbit.

Difahamkan, semua juri akan mengambil bahagian pada mesyuarat 1 Julai nanti untuk menemu bual calon, sekali gus membuat keputusan akhir.

ANDAM diperkenalkan pada 1989 oleh Nathalie Dufour dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Perancis dan menjadi platform bagi pereka fesyen di seluruh dunia mendapat pengiktirafan terhadap hasil kerja yang dipersembahkan.

Terdahulu, Blackpink baharu sahaja mengadakan konsert dalam talian pertama mereka pada bulan lalu, sementara Lisa juga sedang membuat persiapan bagi debut solonya tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI