fbpx

Lelaki warga Myanmar dikehendaki JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaw Min Thu

PUTRAJAYA – Seorang lelaki warga Myanmar dikehendaki Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya, berhubung kes pendakwaan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.

Lelaki berkenaan, dikenali Zaw Min Thu, 45, memiliki nombor pasport MC871053 dan beralamat terakhir di FF21-24 Tingkat 1 Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Tan Siew Sin, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan JIM, suspek dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih berhubung kes pendakwaan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK), Mazlan Saaizan di talian 03-8880 1338/ 1330 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan di talian 03-8880 1555.

-end-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI