fbpx

Hina mahkamah, Malaysiakini didenda RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan portal berita Malaysiakini didenda RM500,000 selepas didapati bersalah menghina mahkamah menerusi komen pembaca.

Keputusan dibuat menerusi majoriti 6-1 yang disampaikan oleh panel tujuh hakim bersidang yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusof.

Beliau turut bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim; dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh; Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Vernon Ong Lam Kiat; dan Datuk Abdul Rahman Sebli. Namun Hakim Nallini menentang keputusan itu.

Hakim Rohana berkata, sebagai sebuah portal berita yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun, Malaysiakini sepatutnya lebih peka dan sedar akan komen-komen akan diterima apabila menerbitkan artikel-artikel berbaur kontroversi.

“Dengan objektif untuk menggalakkan perbincangan di kalangan dalam isu kepentingan awam, Malaysiakini sepatutnya memastikan masyarakat awam didedahkan dengan perbincangan sihat dan bukannya melibatkan diri dalam memperlekehkan atau mengecam institusi kehakiman.

“Responden pertama (Malaysiakini) memudahkan penerbitan komen-komen menghina oleh pihak ketiga dengan menyediakan platform untuk pihak ketiga berbuat demikian,” katanya.

Tambahnya, alasan portal yang dikendalikan oleh Mkini Dotcom Sdn. Bhd. menerima lebih kurang 2000 komen setiap hari sehingga tidak mengetahui atau menyedari kewujudkan komen-komen yang menghina itu tidak boleh diguna pakai untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarang portal itu, Steven Gan selaku responden kedua tidak dikenakan sebarang tindakan komital kerana tiada sebarang bukti menunjukkan lelaki itu menyumbang atau memudahkan penerbitan komen-komen menghina itu.

Terdahulu sebelum mengenakan denda RM500,000, Hakim Rohana turut menyatakan, mahkamah mengambil kira kenyataan maaf yang dibuat secara bertulis dan secara lisan di mahkamah hari ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama portal itu, Premesh Chandran.

“Mahkamah juga mengambil kira komen-komen tersebut boleh diakses di negara ini dan juga di luar negara selain terdapat dakwaan korupsi. Kami berpendapat RM500,000 adalah jumlah yang wajar. Denda tersebut perlu dibayar dalam tempoh tiga hari bermula Isnin ini,”katanya.

Pada 17 Jun 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan sebelah pihak Peguam Negara memulakan prosiding itu terhadap Mkini Dotcom dan Gan berkaitan komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan Malaysiakini pada 9 Jun tahun lalu bertajuk ‘CJ orders all courts to be fully operational from July 1’ yang didakwa bersifat menghina.

Komen-komen menghina itu merujuk kepada pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI