fbpx

PDRM perketat kawalan di Kampung Pohon Chelagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Roy Suhaimi Sharif (tengah) memberi taklimat kepada Abd. Rahim (kanan) ketika hadir meninjau situasi terkini runtuhan tebing di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketat kawalan di kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan dekat Kampung Pohon Chelagi di sini bagi mengelakkan orang ramai terus menghampiri lokasi berisiko itu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd.Rahim Jaafar berkata, langkah itu susulan beberapa retakan baru dikesan di kawasan tersebut.

Menurutnya, polis akan menilai semula radius lokasi larangan masuk ke kawasan itu dan perkara tersebut akan diumumkan oleh PDRM Kelantan selepas menerima saranan daripada Jabatan Kerja raya (JKR).

“Buat masa ini, PDRM telah mengeluarkan arahan dan larangan kepada orang awam supaya menjauhi lokasi runtuhan.

“Kita juga telah membuka pos Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sejak kelmarin untuk membuat pemantauan secara berterusan berkaitan dengan insiden tersebut selain memastikan kawasan itu berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau runtuhan tebing yang berlaku di kawasan berkenaan hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Kashuadi Ali ; Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat ; Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hassan Basri Ahmad Safar dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif.

Abd.Rahim memberitahu, PDRM sudah mengeluarkan penduduk di kawasan sekitar supaya tiada kemalangan sekiranya runtuhan berlaku.

Katanya, lokasi tersebut juga sudah dikategorikan sebagai zon larangan kepada orang awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI