fbpx

[VIDEO] “Saya sedia untuk dibicarakan” – Syed Shah Iqmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendakwa selebriti Syed Shah Iqmal hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini bagi sebutan semula kesnya.

PETALING JAYA –  Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memberitahu bahawa dia bersedia untuk menjalani perbicaraan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya.

Syed Shah Iqmal, 26,  ketika ditemui buat kali pertama di mahkamah hari ini selepas dituduh pada Disember tahun lalu berkata, dia bersyukur kerana setakat ini masih berada dalam keadaan sihat dan baik.

“Of course (sudah tentu) saya sedia untuk dibicarakan, insyallah kepada yang mendoakan dan menyokong saya dari awal sampai ke hari ini. Saya ok, alhamdulilah makin gemuk dan makin berisi ,”  katanya ringkas ketika ditanya sama ada bersedia dibicarakan atau tidak.

Terdahulu semasa prosiding di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Jamaludin Mat dan Mahkamah Majistret di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol kedua-dua mahkamah itu mahkamah menetapkan 19 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Peguam yang mewakili Syed Shah Iqmal,  Syed Amirul Syed Edros ketika ditemui memaklumkan sebutan semula kes itu berikutan kertas siasatan kes tidak dibawa ke mahkamah pada hari ini.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan di dua mahkamah di sini.

Di Mahkamah Sesyen, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI