fbpx

Tahan ‘runner’, bongkar sindiket dadah campur jus minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian (tengah) pada sidang akhbar di IPD Timur Laut, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan satu sindiket memproses dadah dengan campuran jus minuman bernilai RM77, 318 selepas menahan sepasang kekasih di sebuah kondominium mewah di Lebuh Sungai Pinang 2, Jelutong di sini Rabu lalu.

Suspek tempatan berusia 20 dan 21 tahun itu ditahan sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira pukul 2.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan suspek pertama dilakukan di bawah pekarangan lobi perumahan berkenaan dan menjumpai 15 peket plastik berwarna hitam di dalam beg yang dipegangnya.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atasnya telah membawa polis ke sebuah rumah di kondominium yang sama dan menangkap seorang remaja wanita yang juga teman wanita suspek.

“Pemeriksaan lanjut telah menjumpai sejumlah campuran serbu dadah disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) sekali gus membongkar sebuah makmal mini memproses bahan terlarang itu di bahagian ruang tamu.

“Siasatan mendapati, dadah tersebut diproses menggunakan serbuk jus minuman yang dijual dipasarkan seperti teh ais limau dan teh hijau serta serbuk minuman bertenaga KukuBima pelbagai perasa,” katanya pada sidang akhbar di IPD Timur Laut di sini tadi.

Anggaran dadah MDMA adalah seberat 2,396 gram dan turut dirampas adalah ketamin (338.5 gram), 576 biji pil Ekstasi dan 390 biji pil Eramin 5. Turut disita adalah sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM1,100. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI