fbpx

‘Arwah kerap memohon maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL AISHAH menunjukkan gambar kenangan bersama arwah tunangnya ketika di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang pekerja penghantar yang maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Taman AST di sini kelmarin, bakal mendirikan rumah tangga sebelum perayaan Aidilfitri ini.

Mangsa, Muhamad Azman Abdul Aziz, 30, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 8.20 malam.

Tunang arwah, Nurul Aishah Zainal Abidin, 31, berkata, kali terakhir dia berjumpa tunangnya semasa makan tengah hari beberapa jam sebelum kejadian.

Menurut wanita itu, arwah bekerja separuh masa sebagai penghantar makanan untuk mengumpul wang sebagai persediaan perkahwinan.

“Dia kerap memohon maaf setiap kali berjumpa, arwah juga sempat berikan saya satu sampul berisi wang RM500 semalam (kelmarin) dan meminta menggunakan wang itu untuk tujuan kecemasan.

“Arwah ada hantar mesej menerusi WhatsApp pada pukul 7.30 malam, sejam kemudian saya dimaklumkan dia terlibat kemalangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar di sini semalam.

Nurul Aishah berkata, saksi memaklumkan dia sempat me­ngajar arwah mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.

“Walaupun sedih, saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya yang merancang mengikuti kursus perkahwinan bersama arwah dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Taman AST ke arah bandar Seremban.

“Setibanya di lokasi, sebuah kerata Hyundai Atos dari arah bertentangan membelok, namun hilang kawalan lalu melanggar mangsa,” katanya.

Jenazah Muhamad Azman dikebumikan di Seri Menanti, Kuala Pilah dekat sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI