fbpx

11 ditahan ancam godam keselamatan komputer kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Anonymous Malaysia yang menyatakan mahu melakukan serangan siber dikenali #OpsWakeUp21.

SHAH ALAM – Seramai 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan dikenali sebagai ‘Anonymous’ yang didakwa mengancam menggodam sistem keselamatan komputer kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia 20 hingga 40 tahun ditahan dalam beberapa serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hasil risikan sejak seminggu lalu.

Katanya, turut ditahan dalam kumpulan suspek adalah pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.

“Penangkapan itu susulan tindakan kumpulan berkenaan yang melakukan ugutan dan ancaman untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan pihak kami,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di Setia Alam di sini hari ini.

Kosmo! pada 27 Januari lalu melaporkan mengenai notis amaran yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) agar semua agensi kerajaan mengambil langkah-langkah waspada bagi mencegah sebarang bentuk serangan siber. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI